Friday

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Thursday

INFO GUNUNG TEBU

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia.Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).

Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.

Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.

p/s=aku pernah buat experiment gila pada 3 julai 2010.treking solo naik dan turun gunung Tebu sehari jer.nasib baik bawa torch light.lepas tu jalan macam orang lepas beranak lah.ha ha

MENGELAK PACAT

bagi mereka yang geli dengan pacat ni,senang jer petua nya.iaitu dengan menggunakan air tembakau.

cara membuat air tembakau:
guna daun tembakau/tembakau jawa 100gm
cincang halus2 dan campur 1.5ltr air sehingga sebati

cara menggunakan:
-rendam kasut,stokin dan seluar(seluar dalam jangan) baju boleh gak,tapi mondus operandi pacat ni biasanya melakukan serangan bahagian pinggang dan ke bawah.melainkan pacat keras kepala dan kurang ajar jer..
-selapas rendam,perah sedikit dan jemur pakaian tadi sehingga kering di bawah sinaran matahari.untuk membuat unsur tembakau tadi sebati pada pakaian,selepas kering ''iron''lah pakaian tadi(kasut jangan iron yer nanti mak marah..).

p/s:baunye memang kurang sedap sikit,tapi berkesan untuk menghindari pacat dan terbukti..

Tuesday

MINYAK BAWANG(mengelak kaki melecet)

Jika ingin membuat xtvt lasak seperti naik gunung atau jungle treking,baik amalkan petua menggunakan minyak bawang..

cara menbuat minyak bawang senang jer:

250ml minyak kelapa dara(buat sendiri guna santan)
250gram bawang merah kecil(bukan bawang india)

tumbuk bawang merah sampai hancur.selepas tu gaulkan bersama minyak kelapa dara.

cara mmenggunakan:
sapu minyak bawang pada kaki setiap malam 2minggu sebelum xtvt lasak dilakukan.selepas sapu, pakai stokin.selepas mengamalkan petua ni,kemungkinan kaki anda tidak melecet adalah 98%..selamat mencuba..

cara membuat minyak kelapa dara:
ambil santan letak dalam bekas,biarkan 2 hari.selepas tu minyak akan berada di atas dan air di bawah.selepas itu asingkan minyak dengan cermat...minyak tu dinamakan minyak kelapa dara.

P/s:minyak kelapa dara tidak boleh dipanaskan,jika dipanaskan hilanglah daranya..

Wednesday

BUKIT KELUANG DIROGOL..



kat depan bukit ok jer,sedap mata memandang...macam tengok muka isteri muda dapat gelang emas jer...ceria jer...he he he
tapi bila pergi kat belakang bukit,...perght ...rupanya kesucian bukit ni dah dirogol oleh penyangak bangsa,penyangak ni pantang datuk nenek mereka melihat keindahan alam ni...asal barang semua jadi duit...
tahap pusat peranginan macam bukit keluang pun kene rogol mereka,apatah lagi yang tak nampak di mata kita...
hey...tak tau lah bila semua ni akan berakhir....

BUKIT KELUANG






masa naik:40minit
masa turun:20minit
pakaian:'T'shirt,seluar treek,kasut sukan.
bekalan:air 500ml,keberanian dan kedegilan(orang dah cakap bahaya naik sorang,tapi aku nak naik gak,biasalah degil ha ha ha)

hari ni aku naik bukit keluang sorang-sorang...aku ikut marking jer,lagipun trex pun ok gak,cuma kalau hujan tu adalah masalah sikit...

mula-mula naik tu susah lah...tapi pas tu ok lah...
kat atas bukit tu ada pondok untuk rehat..


lepas rehat kat pondok tu,teruskan bejalan.sampai jumpa tangga batu..
then aku ikutlah jer sampai kat bawah ..


pemandangan kat bukit keluang ni memang menarik terutamadari atas..

Thursday

Gunung Kinabalu


HIIIII.....SUKHOI TEAM..
sekarang ni aku dah kat malaysia...
rancangan nak naik gunung kinabalu pertengahan tahun 2010.kalau ada berminat tu,bolehlah email kat aku ni...yang berminat jer tau..yang tak berminat tu,naiklah gunung yang biasa korang naik tu....
bajet nk pegi tu taklah mahal sangat,cuma rm1000 jer tapi tak termasuklah tiket kapal terbang..
.


Tuesday

SELAMAT HARI RAYA

Sedar tak sedar,kami dah raya.jauh dari keluarga...sedih gak..dahlah raya ke-3 ada class...tu tak sedih sangat,yang sedihnya bila takbir bergema...semua tunduk tengok lantai....
apa-apa pun,kami tetap beraya dan berpuasa penuh kat sini....

Wednesday

KALAU YA,ANGGUK KEPALA....

Ni aku nak cite tentang Samada house keeping kat hotel ni...aku tanya dia"bilik dah kemas ker"(bahasa org putih lah) dia cakap "yes" sambil geleng kepala...aku pun kompiuslah kan..ya ke tak ni...aku tanya skali lagi dia cakap yes gak,tapi geleng kepala gak....

pas tu aku explainlah kat dia,kalau cakap "yes" angguk kepala,n kalau cakap ''no" baru geleng kepala....aku explain lebih kurang 10 minit lah....pas tu aku tanya dia ''ko paham tak''...dia pun cakap ''yes'' tapi masih geleng kepala....dah berbuih mulut aku explain kat dia,tapi tak paham-paham gak...geram nya hati aku....aku rasa nak terjun ''tiruk'' jer kat atas muka dia....

HOUSE KEEPING

Ni aku nak cite tentang supervisor house keeping kat hotel ni....kalau kat tempat kita,house keeping tekan loceng dulu,pastu baru masuk...tapi kat sini kepala dia masuk dulu,pastu kalau nampak kita baru nak tekan loceng...kalau kita tak de or mandi,dia masuk jer lah...ikutkan hati aku nak bagi size8 kat muka dia....nasib baiklah dia lelaki,kalau pompuan......

Tuesday

NASIK GORENG.....

Ni aku nak cite sikit tentang nasik lemak kat sini....
adalah mamat kat sini cakap kat menager hotel ni,kalau nak buat nasik goreng letaklah santan sikit bagi sedap..
tapi mamat tu cakap PUT COCONUT,korang tau tak apa chef tu masak esok harinya....
ni aku nak habaq sikit.....dia cincang kelapa tu,pastu masuk dalam nasik...kan ker gila namanya tu....kalau chef Wan tau ,aku rasa mulut chef kat sini dah kene gayang ngan sabut kelapa...
Aku ingat india ni macam dalam cite hindustn...
rupa-rupanya...susah aku nak cakap....kalau macam cite tamil,adalah persamaan sikit,tu pun 30% jer...
makanan kat sini,hari-hari kari,sampaikan sayur pun dikari diaorang ni,aku cakap gila kang,diaorang marah aku..
aku nak cite tentang sambal sikit...
korang mesti biasa makan sambal udang,sambal ayam,sambal ikan bilis,tapi kat sini,ni aku nak habaq sikit,..aku kat sini makan "sambal kambing"...
tahap kambing diaorang buat sambal,tak ker sawan namanya tu....kalau kat malaysia,aku rasa chef tu dah kene bunuh ngan chef Wan...
tak paham aku...
ikut kan hati,aku rasa nak makan pinggan-pinggan kat hotel ni....